ZiNa?? SoLaT??

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Manusia slalu lihat orang yang berzina, buang anak, hamil anak luar nikah, rogol dan seumpamanya tu jahat n berdosa besar, tapi kalau fikir2 kan balek secara logiknya, mana yang lebih berdosa? berzina or tinggalkan semayang yang wajib.. orang berzina bukan tiap2 ari, tapi sembayang yang ditinggalkan 5 kali sehari... Saya ambil kira secara logik agar kita semua mudah untuk memikirkan secara tepat maksud yang ingin saya sampaikan.

Rakan2, jika diikutkan logik akal, kita akan lihat meninggalkan solat 5 waktu tu lebih berdosa dari berzina... bukan niat untuk membandingkan mana satu dosa yang lebih besar, tetapi dengan niat untuk menunjukkan ada sesuatu lagi yang kita juga perlu ambil berat selain kes2 penzinaan. 

Kini, berapa ramai umat Islam didunia yang meninggalkan solat lima waktu. untuk mengerjakan solat sunat apatah lagi. selalunya kita lihat ramai orang berkunjung ke masjid or surau ketika sembahyang jumaat, malah bertambah2 ketika berhari raya sedangkan sembahyang raya itu hanyalah sembahyang sunat dan bukannya wajib untuk kita menunaikannya. alangkah dangkalnya yang sunat dikejar2kan, tetapi yang wajib dianggap tidak berguna.. 

Saya berpesan kepada diri saya dan rakan2 agar sama2 trus istiqomah dalam melaksanakan solat yang wajib dan memperbanyakkan lagi amalan2 sunat kita. Marilah sama2 berdoa dan serulah rakan2 kita untuk sama2 mengimarahkan surau2 tempat kediaman, masjid2 agar wujud masyarakat yang sentiasa aman dengan nilai2 islam yang sebenar, insyaALLAH...

Ingatlah semua amalan yang kita lakukan hanyalah kerana ALLAH sentiasa... =)



ShoutMix chat widget

Page Views

avandia lawsuits