Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat ALLAH s.w.t kerana kita masih diberikan peluang dan ruang untuk kita berada di bulan Ramadhan dan mengamalkan sebanyak mana ibadah, kebajikan, kebaikan yang boleh kita lakukan. Masih tidak terlewat untuk ana mengucapkan selamat datang Ramadhan, selamat hari Ramadhan dan sempamanya kepada semua umat islam di dunia ini.

Sesungguhnya apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, kita digalakkan untuk sentiasa mengucapkan salam Ramadhan kepada rakan2 kita tidak kira
dimana kita berada. Ini kerana Ramadhan hanya datang setahun sebulan dan kita tidak tahu entah samaada kita masih boleh sampai ke Ramadhan pada tahun seterusnya atau kita ditakdirkan oleh ALLAH s.w.t untuk mengakhiri Ramadhan kita tahun ini. Kita berdoa kepada ALLAH s.w.t supaya disampaikan kita kepada Ramadhan2 yang akan datang supaya bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ini dapat kita capai semaksima mungkin selagi mana diizinkan oleh ALLAH s.w.t. InsyaALLAH. Hidup ini tidak lama, mati datang tiba2.

Baru2 ini ana telah menghadiri solat sunat tarawih di Masjid Sultan Ismail skudai dan apabila berakhir sahaja solat sunat witir, satu tazkirah telah diberi oleh seorang ustaz dimana tajuk tazkirah itu sangat menarik minat ana untuk dikongsikan bersama2 kita semua. Tajuk tazkirahnya ialah 5 Kelebihan kita sebagai Umat akhir zaman, Umat Nabi Muhammad s.a.w.


Pertama : kita sebagai Umat AKHIR zaman...
Allah s.w.t telah memilih kita sebagai umat akhir zaman dimana tiada umat lain yang akan dijadikan oleh ALLAH selepas kita. Walaupun begitu, pada hari akhirat di padang mahshar kelak, Allah akan menyusun semua umat manusia dari zaman nabi Adam hinggalah ke zaman nabi Muhammad s.a.w mengikut saf2 dan ALLAH telah memilih umat nabi Muhammad s.a.w untuk berbaris di saf yang pertama walaupun umat nabi Adam yang merupakan umat pertama dijadikan oleh ALLAH s.w.t.. Ini menunjukkan betapa kasih dan sayang ALLAH kepada umat Nabi Muhammad s.a.w kerana tidak mahu umat nabi Muhammad s.a.w. berada terlalu lama di padang mahshar. Rakan2 cuba bayangkan berapa lama umat manusia perlu berada di padang Mahshar kerana beribu juta manusia dihisab seorang demi seorang oleh ALLAH s.w.t dan ALLAH s.w.t telah memilih Umat nabi Muhammad s.a.w untuk dihisab terlebih dahulu berada di baris hadapan...



Kedua : Pahala yang berlipat kali ganda
Kebaikan yang Umat nabi Muhammad s.a.w lakukan akan dibalas dengan berlipat kali ganda. 1 amalan dibalas dengan 10 kebajikan. MasyaALLAH.. begitu sayang ALLAH s.w.t kepada umat nabi Muhammad berbanding dengan umat2 yang terdahulu. Malahan, 1 kesalahan yang dilakukan akan dibalas dengan satu dosa yang setimpal. Sungguh kasih ALLAH s.w.t kepada kita iaitu umat Nabi Muhammad s.a.w.

Ketiga : Syafaat Nabi Muhammad s.a.w
Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu2 nya nabi yang dapat memberi syafaat atau pertolongan hanya kepada umatnya di akhir zaman kelak. Begitu beruntungnya kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. Umatw yang terdahulu tidak mempunyai pembela, penolong dan sebagainya tetapi Umat Nabi Muhammad s.a.w diberikan keistimewaan oleh ALLAH s.w.t untuk menerima syafaat oleh Nabi junujungan kita Muhammad s.a.w. Namun kini berapa ramai yang malu untuk mengaku sebagai seorang Islam. Berapa ramai yang malu untuk mengaku kita kasih dan sayang kepada Nabi junjungan kita nabi
Muhammad s.a.w.


Keempat : Penangguhan seksaan di dunia
Umat nabi muhammad s.a.w tidak akan diseksa atau di jatuhkan hukuman oleh ALLAH sehinggalah tiba hari akhirat kelak. Nabi Muhammad s.a.w telah memohon kepada ALLAH supaya memberikan peluang kepada Umatnya sehingga hari pembalasan untuk bertaubat kepada ALLAH terhadap kesalahan2 yang dilakukan.kita tinjau keadaan2 umat terdahulu yang dihapuskan oleh ALLAH s.w.t diatas muka bumi kerana kesalahan2 yang dilakukan namun bagi umat akhir zaman, peluang diberikan oleh ALLAH selagi mana nyawa tidak bercerai dengan jasad, umat nabi Muhammad s.a.w masih boleh memohon keampunan kepada ALLAH s.a.w. Begitu besar keistimewaan kita sebagai umat nabi Muhammad.

Kelima : Malam Lailatul Kadar
Umat nabi muhammad s.a.w merupakan satu2nya umat yang diberikan oleh ALLAH satu malam yang menyamai 1000 bulan iaitu malam lailatul kadar. SubhanALLAH. maha suci ALLAH yang maha pengasih dan penyayang kepada kita. Diberikan kita peluang2 yang sangat tidak ternilai harganya untuk kita kumpul untuk bekalan di akhirat kelak. Betapa beruntungnya kita digelar Umat nabi Muhammad s.a.w.


Saya ingin mengambil satu kisah berkaitan dengan Nabi yang digelar kalamULLAH... nabi yang boleh berkata2 dengan ALLAH s.w.t iaitu nabi Musa. Nabi musa bertanya kepada ALLAH s.w.t : “adakah akan wujud satu umat yang lebih baik dari umat ku ini Ya ALLAH?" ALLAH menjawab :"Ya", Nabi Musa berkata lagi : ”jika begitu Ya ALLAH, aku memohon kepadaMU untuk mejadi nabi bagi umat yang terbaik itu.” ALLAH menjawab : "AKU telah memilih nabi yang bakal menjadi ketua bagi umat ini". Nabi Musa berkata : "Kalau begitu Ya ALLAH, cukuplah bagi aku untuk menjadi salah seorang daripada umat yang terbaik itu". ALLAH s.w.t menjawab : "AKU telah memilih siapakan yang akan menjadi umat terbaik ini."

SubhaNALLAH. Memang kita tidak meminta untuk menjadi umat akhir zaman namun ALLAH s.w.t telah MEMILIH kita untuk menjadi umat terbaik. Malahan permintaan nabi Musa ditolak oleh ALLAH s.w.t. kerana kita semua telah dipilih oleh ALLAH s.w.t.Sedarlah kita semua. Sedarlah. kita telah dipilih oleh ALLAH s.w.t untuk menjadi umat yang terbaik di sepanjang zaman. Segala puji2an Bagi ALLAH Tuhan Sekelian alam. SubhanALLAH3x...


Diolah semula oleh : ajie~~
masa : 8.55 pg 27.8.09

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahuresah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujudpanjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan.Emosiku terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macammana?" tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abangnak.....adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Diagembira.Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku.Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan segala-galanya. "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman.
Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan akudengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.

Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih.Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yangmenaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.



Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda. Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua.Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin.

Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.
Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaanmembanggakan.Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.


Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengankeadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyummendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku.
Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.
Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepadaKristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi,Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.
Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya.
Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskankepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapuralagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamarsederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak.

Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar.Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu?Subhanallah!


Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam.....pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amanamembawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat.

Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik.Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yangmenyimpulkan,Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkanmengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh matalelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salibdibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat didadanya.Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.

Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya.Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?.

Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!".

Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika.Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.
Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamikumeronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannyadigari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kaupilih,teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!,"

Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihatsekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar.Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah!Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentiment perkauman juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan.Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagipada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh disudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!

Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan olehundang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita.....

Sedarlah!!! Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DIBUMI.......MALAYSIA khasnya....

post by :- ajie~~
time :- 10.00 pm

p/s :- Diharap sebar2 kan cerita ini kepada semua rakan2 kita... Moga2 Pengajaran ini diambil iktibar dan pedoman oleh kita semua...

Takbir..... ALLAH AKBAR 3x...

SoLaT LiMa WaKtU... ;-)


Emm, ngah lepak2 kat bilek kawan nih tetibe terconnect plak wireless kat pc nih..
so, ngan secara tak langsung otak nih memikirkan satu isu berkaitan mahasiswa dan isu yang dipilih ialah solat lima waktu...
urmm, teringat kata ustaz kat skolah menengah dulu... "kamu, walau sejahat mane pun perangai kamu, solat tu jangan kamu tinggal. InsyaALLAH, ngan solat tu lah yang akan membimbing kamu satu mase nanti..."Ustaz ku menghabiskan bicara...


sahabat2 mahasiswa sekelian...
solat lima waktu adalah masa yang utama untuk kita mengingati ALLAH s.w.t. Memang kita disuruh mengingati ALLAH setiap masa namun dengan solat lima waktu ingatan kita terhadap ALLAH menjadi lebih kuat. sedangkan solat kita tidak tunaikan, blekah masenya lagi kita akan ingat akan ALLAH s.w.t. Ingatlah, "Sekali kita melangkah kepada ALLAH, 10 kali ALLAH akan mendekati kita".

Rebutlah peluang ini sebaiknya semasa berada di Universiti. Ketika saya diploma di UTMKL, saya jarang berpeluang untuk menjadi pemimpin makmum, atau pun menjadi penyeru untuk bersembahyang. Semuanya diuruskan oleh pihak masjid yang mempunyai kakitangan2 nya. apabila saya beradi di sini, peluang itu terbuka luas depan mata kita. kita berpeluang untuk menjadi pemimpin dalam sembahyang. kita berpeluang melakukan perkara terpuji dengan menyeru kepada sembahyang(azan). semua itu adalah peluang2 yang ALLAH s.w.t berikan kepada kita sementara masih berada di alam universiti. Anda bayang kan apabila anda sudah bekerja, masa yang diluangkan untuk bersembahyang di masjid atau surau menjadi begitu sikit. kita sering sibuk dengan hal2 keduniaan sehingga jarang untuk kita singgah sebentar di masjid atau surau2... yang ada hanyalah surau di tempat kerja... Tetapi apabila kita sudah biasa dengan bersembahyang di masjid2 atau surau2 semasa di universiti, InsyaALLAH kita akan selalu singgah di rumah ALLAH untuk bersembahyang sekalipun sekadar sembahyang maghrid dan isyak.

Oleh itu sahabat2ku, saya menyeru kepada anda semua termasuk diri saya sendiri untuk bersama2 meningkatkan amal ibadat kita khususnya hal2 yang berkaitan dengan sembahyang.. "Sembahyang itu tiang agama, jika tidak sembahyang maka runtuhklah agama". Kepada yang baru mahu memulakan ibadat sembahyang, mulakanlah dengan perlahan2.. sehari sekali, kemudian 2 kali, kemudian 3 kali sehingga kita biasa dengan amalan sembahyang dan kemudian gantilah sembahyang2 yang telah kita tinggalkan sebelum ini.. selalulah memohon keampunan kepada ALLAH s.w.t. moga dengan hati yang ikhlas dalam ibadat, ALLAH akan mengampunkan dosa2 kita yang telah lalu... insyaALLAH..

Sekadar renungan kepada saudara2 tersayang.... salah silap harap maafkan...
Assalamualaikum w.b.t

post by : ajie~~
time : 1.50 pg

p/s : sahabat2 yang mempunyai pandangan amatlah dialu2kan agar kita semua dapat nasihat- menasihati dan tolong menolong antara satu sama kita....

CouPlE oR CiNtA???

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...
em, tengah2 blek dari kelas tadi sy terfikir satu persoalan yang melibatkan pasangan yang sedang bercinta atau bhsa manisnye couPLe...ehem3...heehehe...
Sering kali kita dengar atau terdengar mengatakan yang hubungan(lebih dari kawan) antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan muhrim adalah haram...
Dikatakan haram adalah disebabkan beberapa hadis yang sahih(yang sy ingat sikit2) iaitu:-

- ianya mendekatkan diri kepada zina..
  • zina mata:- melalui penglihatan
  • zina tangan :- perbuatan
  • zina kaki :- ke mana yang dituju
  • zina hati :- perasaan yang boleh mewujudkan rasa khayal / gila bayang
  • zina mulut / lidah :- percakapan yang boleh membangkitkan hawa nafsu

emm... ada rakan yang bertanya jika kita berhubungan untuk membaiki diri antara satu sama lain, ianya dibenarkan?.. sebab kalo dengan orang biasa mungkin tiada semangat tok berubah, namun jika dengan orang yang kita sayang, perasaan ingin berubah tu lebih tinggi... kadang kala saya bersetuju dengan rakan saya namun disebabkan hadis diatas, saya masih tak berani untuk memberikan jawapan...

Persoalan yang ingin saya bangkitkan disini ialah :-

  • Bagaimana kah jika kita berkawan dengan rakan2 yang tak pakai tudung, pakai sluar pendek, naik motor same2 ngan bukan muhrim(Ops!! Sory, terlalu berterus terang) dan sebagainya dengan kita berhubungan dengan seorang pasangan yang boleh menambah nilai2 baek dalam diri kita... Manakah yang lebih bermanfaat??
  • Kita ikut nilai2 yang baik yang ada dalam diri pasangan kita tapi kita hanya membiarkan rakan2 kita yang laen lalai dan jauh terpesong... Manakah yang lebih baek??
  • dan... kita berhubungan dengan pasangan kita untuk membimbing antara satu sama laen atau kita berkawan dengan kawan yang mungkin akan membawa kita ke arah yang tidak elok... Yang manakah lebih berguna....

Mungkin ada rakan2 yang akan menjawab, "kita tak yah lah kawan dengan orang2 yang macam tu"... adakah jawapan anda betul?? 110% salah jawapan anda...

Jadi disini saya ingin mengajak golongan cerdik pandai untuk berdiskusi berkaitan perkara ini... Diharapkan post ni mendapat sambutan dalam menghasilkan pendapat2 yang bernas oleh anda semua... terima kasih sudi membaca....

post by : ajie~~

time : 11.58 pg

fuh.... setelah cube sdaye upaya tok bukak tenet kat makmal kpu 3 ni, akhirnya....hahaha....
Lembab nak tut..... tapi seb bek sabar... dapat gak post skit2... ;-)

Kembali blek tujuan utama....
Rakan2 ku.... Bile nak bagi cadangan ni....
dah bagi sejam dah tok bagi cadangan.ngeh3... anyway.... cadangan masih dibukak...
kalo tak de cadangan terpakse r ikot cadangan asal..hehhehh.... ape?? nak tau???
mane bleh... kene teka r ble ada post2 baru t...hohoho....
anyway tq coz stia g ngan blog nih....hohoho..... ;-)

Ops!!! lupe lak... kate orang tua2 tak kenal maka tak kenal...hakhak.... toi tak....
em, biar saya pekenal diri sendiri skit....(jadi sopan jap..) ;-)

nama orang panggil ajie.... so bleh panggil ajie... ;-)
skang dok kat kpu3... tak larat diri lame2...
blaja kat UTM skudai... baru sambung...
tinggal kolej tut....ngeh3... (mane r tau pindah mane2 ke skit mase g..).... luar negara???hohoho
emm.... cukup r kot... kalo nak kenal g bleh r chat2 kat shoutbox... tapi skang takde g...hikhik...

em. cukup lu.... lecture network cam ngah jeling sini.... kang kantoi malu woo....
k, jumpe lain mase dan ketika...
sory sebab ayat skima... budak baru... t dah lame sampai korang sume pun tak faham t ape yang ditulis...hakhak....
k. sory... tq bace sampai abis....

post by : ajie
time : 5.22 ptg

p/s :- nantikan post terbaru ya skit mase g.... ;-)

Apa khabar rakan2ku semua..
Hahaha.... Akhirnya....Impian tok punyai blog sendiri tercapai...hohoho.....Semuanya disebabkan kejelesan melihat rakan2 ku yang dah lame ada blog....tapi still fikir what main point wat blog nih...huhuhu....em.... rakan2 sume sudi2 r bagi cadangan eh... cadangan terbanyak akan memenangi tujuan utama blog ini dicipta...hahaha.....em, ada kelas koi 4 ni... nak sambung time kelas lak....rakan2 sume sudi2 lah view blog nih yaa.... Salam perkenalan.....
post by : ajiebon_88time : 3.40 ptg


ShoutMix chat widget

Page Views

avandia lawsuits