CouPlE oR CiNtA???

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...
em, tengah2 blek dari kelas tadi sy terfikir satu persoalan yang melibatkan pasangan yang sedang bercinta atau bhsa manisnye couPLe...ehem3...heehehe...
Sering kali kita dengar atau terdengar mengatakan yang hubungan(lebih dari kawan) antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan muhrim adalah haram...
Dikatakan haram adalah disebabkan beberapa hadis yang sahih(yang sy ingat sikit2) iaitu:-

- ianya mendekatkan diri kepada zina..
  • zina mata:- melalui penglihatan
  • zina tangan :- perbuatan
  • zina kaki :- ke mana yang dituju
  • zina hati :- perasaan yang boleh mewujudkan rasa khayal / gila bayang
  • zina mulut / lidah :- percakapan yang boleh membangkitkan hawa nafsu

emm... ada rakan yang bertanya jika kita berhubungan untuk membaiki diri antara satu sama lain, ianya dibenarkan?.. sebab kalo dengan orang biasa mungkin tiada semangat tok berubah, namun jika dengan orang yang kita sayang, perasaan ingin berubah tu lebih tinggi... kadang kala saya bersetuju dengan rakan saya namun disebabkan hadis diatas, saya masih tak berani untuk memberikan jawapan...

Persoalan yang ingin saya bangkitkan disini ialah :-

  • Bagaimana kah jika kita berkawan dengan rakan2 yang tak pakai tudung, pakai sluar pendek, naik motor same2 ngan bukan muhrim(Ops!! Sory, terlalu berterus terang) dan sebagainya dengan kita berhubungan dengan seorang pasangan yang boleh menambah nilai2 baek dalam diri kita... Manakah yang lebih bermanfaat??
  • Kita ikut nilai2 yang baik yang ada dalam diri pasangan kita tapi kita hanya membiarkan rakan2 kita yang laen lalai dan jauh terpesong... Manakah yang lebih baek??
  • dan... kita berhubungan dengan pasangan kita untuk membimbing antara satu sama laen atau kita berkawan dengan kawan yang mungkin akan membawa kita ke arah yang tidak elok... Yang manakah lebih berguna....

Mungkin ada rakan2 yang akan menjawab, "kita tak yah lah kawan dengan orang2 yang macam tu"... adakah jawapan anda betul?? 110% salah jawapan anda...

Jadi disini saya ingin mengajak golongan cerdik pandai untuk berdiskusi berkaitan perkara ini... Diharapkan post ni mendapat sambutan dalam menghasilkan pendapat2 yang bernas oleh anda semua... terima kasih sudi membaca....

post by : ajie~~

time : 11.58 pg

7 comments:

::Aliffadhol:: said...

Bismillah...semoge kate-kate dan ulasan ini berada di atas landasan yang benar..

Persoalan...
- mengapakah kita perlu menjadikan seseorang yang baik itu sebagai pasangan terlebih dahulu sebelum untuk berubah ?kita nak apa..nak die ke..nak contohi akhlak nya ??
-kita tak boleh menilai orang yang x tutup aurat ( lebih tepat dari x pakai tudung ) tu seolah olah tak guna macam sampah...kerna mungkin si dia belum mendapat hidayah..
- apakah disebabkan dia naek moto ngan orang len kite menghakimi si dia sebagai orang yg jahat?hmm...sungguh zalim rupanya kita ini...
-dari segi apakah maksud membimbing itu ? sungguh memusykilkan..

entry berkaitan dengan tajuk-tajuk seperti ini perlulah lebih jelas maksudnya. Cinta mencintai itu adalah kurniaan Allah, namun bagaimana kita membawanya ke arah jalan yang benar.

APakah beza antara pasangan dengan kawan ? banyak bezanya...

sebab itu..ada sebuah hadith kalo x silap..cintailah seseorang itu sekadarnya, mungkin dia akan jadi orang yang paling kite benci..dan bencilah seseorang itu sekadarnya,kerna mungkin orang itulah yang akan paling kita cintai...

jadi..sebagai kesimpulan..mencari pasangan @ teman hidup itu perlulah jelas tujuan perkenalannya. Nak ikut perangai nya, x perlulah jadi couple @ pasangannya.

Tak hairanlah jika kita kini melihat, ramai yang pakai tudung, tapi tak tutup aurat.Malah, cinta 'anta' 'enti' juga takde..

bukanlah untuk menolak perasaan cinta yang hadir, namun ianya haruslah didahulukan dengan iman. Kadang kala malah saya sendiri kadang-kala tewas dalam meletakkan iman sebagai benteng utama.

Kalau rasa sudah berkenan, pohonlah pada Allah, dan mulakanlah dengan langkah yang baik dan terpuji. Bertunanglah, kerana dalam tempoh bertunang inilah masanya untuk kita menyelidiki dan cuba menyesuaikan diri dengan bakal teman hidup itu.

Tidak perlu diletakkan hantaran yang tinggi-tinggi, dan jangan memperbandingkan nilai seorang wanita islam itu dengan nilai kereta yang kita beli....


Wassalam..sekadar pandangan...salah silap harap dibetulkan...

musafir said...

ulasan nie.. memberikan aku sedikit ilham la.. thanks..

KeJuTAn DaRikU.. ;-) said...

lupe lak... untuk semua, yang tidak pakai tudung, suar pendek, naik moto antara bukan muhrim dan sebagainya bermaksud bukan jahat, hanya sebagai satu keadaan yang terang-terangan salah / berdosa... yang telah menutup aurat kita tidak nampak salahnya dimana kerana ianya terselindung dan kita digalakkan bersangka baik terhadap mereka ini.. kita tidak digalakkan mencari salah mereka...
em, sekadar pembetulan.... tq pada yang memberi komen....

Ishardy™ said...

komen aku...
klau siriez nk wat die jd bini..x slah kot couple...tp bpada2 ar..xyah la wat mende yg leh dtgkan fitnah...tol x ajie??

KeJuTAn DaRikU.. ;-) said...

couple tu cam terlalu kasar...ngeh3...
segan nak kate mende ni tapi lagi best kalo kate cinta...hakhak.... tq jenglot... sesiapa yang ada pendapat terbaru silalah komenkan yaa....

Encik Sharul said...

ak x nk jd gay..
haha...
guro jerk..
cayalah ajiebon...
bngkitkan lg isu2 mnarik...
=)

KeJuTAn DaRikU.. ;-) said...

tq ghost...
bagi sokongan kat aku....hohoho
even sebelum ni tak pnah pon...hahaha...
keep in touch... ;-)


ShoutMix chat widget

Page Views

avandia lawsuits