PaSti SeRonOk CiTe PaSaL KhAwiN kaN~~^_^

Assalamualaikum warahmatuLLAH hiwabarokatuh...

Emm, hari nie ana nak cerita skit berkaitan ngan perkahwinan zaman skang(laa) nie… Kita nengok skang nie banyak artis2 yang kahwin then 2,3 taun pas tu bercerai. Bukan artis jer, kadang2 orang terdekat kita pun berkahwin dan bercerai. Memang lah orang kate dah takde jodoh, or jodoh takat tu jer, tapi tak ke kita naek pelik, sebelum berkahwin tu bukan maen lagi bercintan-cintun, sayang sane, sayang sini, sayang sinun, u terjun mati, I terjun sungai je ;-p  , tapi pas kahwin, gaduh sane sini, terjerit terlalak sampai jiran dengar pun tak brani nak tegur, takot2 pesakit mental yang menjerit2 ;-p.. last2 bercerai. Memang tak salah bercerai sebab dah takde kesefahaman tapi kene ingat, perkara halal yang paling dibenci ALLAH s.w.t ialah CERAIII!!!... Sebab ape ALLAH benci, sebab apabila bercerai, runtuhlah institusi rumah tangga, anak tak terurus, rumah bersepah, pastu benci membenci, anak dah tak hormat ibu bape dan macam2 lagi. N kene ingat lagi yang peribadi anak2 dibentuk bermula dari rumahnya. So kalo dah awal2 lahir lagi anak2 dah nengok macam2 perkara tak elok depan mata diorang, camne diorang nak beranggap lagi bahawa “ala, mak bapak aku nie tengah maen perang2 mulut je tu. Biase la suami isteri bergurau ;-P” 
 Ble diselidik lagi kenapa perkahwinan yang dibina kononnya atas dasar saling cinta-mencintai akhirnya roboh jua, rupanya2 dasar2 hubungan yang dibina sebelum berkahwin tidak berlandaskan ajaran ISLAM yang indah. Hubungan dipenuhi dengan maksiat2. Berjalan sana sini berpegangan tangan, nengok wayang, kata2 pujuk rayu penuh nafsu, bermesej dengan menda2 yang kurang sesuai dan banyak lagi perkara yang membuatkan hati lupa pada ALLAH s.w.t… Kalau difikirkan secara logik, pabila hubungan yang didasari dengan bermacam maksiat dan penuh dosa sebelum berkahwin, sudah pasti  hubungan selepas berkahwin akan jadi hubungan yang tidak diredhai dan dirahmati oleh ALLAH s.w.t.. Dah secara logik pun dah menghasilkan equation yang cam tu, nikan plak secara tak logik, maka lagilah kita akan dapat tahu hubungan tersebut tidak kukuh dah teguh…
Bagi yang sudah mempunyai pasangan atau pilihan masing2, memang agak sukar untuk berhenti atau putus dengan pasangan masing2 setelah sekian lama hubungan terjalin.. Ada yang mengatakan “pasangan saya membantu saya untuk berubah, pasangan saya banyak memberi nasihat yang berguna kepada saya berbanding kawan2 dan keluarga saya, pasangan saya bantu saya untuk kejut subuh setiap hari ;-P”, memang semua ni bagus dan baek untuk diri masing2 kerana kadang2 kita ni suka mendengar nasihat dan teguran dari orang yang kita sayang, namun anda kene sentiasa mengurangkan perhubungan anda sedikit demi sedikit sehingga anda sudah biasa untuk tidak berhubung dengan pasangan anda, bimbang perhubungan yang sentiasa diselangi dengan nasihat dan peringatan boleh menjadi perhubungan yang penuh dengan kata2 manja dan penuh nafsu(apabila tidak dikawal)… Percayalah, pabila anda sentiasa berhubungan dengan pasangan anda, lama kelamaan anda pasti merasa diri anda sdikit demi sdikit berubah sehingga boleh menimbulkan kata2 yang menarik hati dan perasaan yang boleh melupakan kita pada ALLAH s.w.t (ana pernah mengalaminya suatu masa dulu.. ;-)).. Dalam pada masa yang sama, anda cubalah untuk menyegerakan ikatan perhubungan yang halal dengan secepat mungkin supaya hubungan tidak berlanjutan dalam jangka waktu yang lama. Anda juga pasti telah dengar banyak kali dimana2 bahawa semakin lama perhubungan yang blum diakhiri dengan ikatan perkahwinan, semakin kurang kasih sayang diantara anda dan pasangan anda, kecuali anda perlu untuk menghalalkan hubungan anda segera dengan melaksanakan ikatan perkahwinan. Dan secara logik gak, sebabtu lah kita dilarang untuk bercintan cintun semasa alam persekolahan kerana pasti hubungan yang terjalin akan berlarutan untuk tempoh waktu yang sangat panjang.. takkan nak kawin time skolah or baru abis alam persekolahan ye tak.. ;-)
 Kita try jengok kembali zaman2 dulu dimana atuk nenek kita kahwin dalam usia yang amat muda. 18, 19 dah kahwin… 20, 21 tu dah kira bujang terlajak dah tu ;-). So, kita nampak zaman tu sangat sedikit kes2 penzinaan, rogol , buang anak dan sebagainya. Sebab ape, sebab kebanyakannya kahwin muda. Tapi zaman skang, cube try nengok kat tepi tong sampah rumah anda, check ada tak baby yang mengangis or kat tandas kat asrama atau kolej anda ;-), terlalu banyak kes2 pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah. Tue yang dah berdaftar dengan pusat penjagaan dan sebagainya, agak2 yang kalo + yang tak berdaftar + lagi ngan bayi yang ditanam tak jumpe2, or buang pastu binatang jumpe n baham, bape la agaknya bilangan anak luar nikah yang dilahirkan tok tempoh setaun. Kes penzinaan dan seks bebas zaman ni amat2 membimbangkan… camne 10 taun akan datang, 20 taun?? Kita boleh fikir sendiri ape agak nye yang berlaku time tu..
 Kita try jengok lagi skit kedalaman perihal perkahwinan nie ;-)… Ape agaknye faktor2 kahwin lewat nie..  Firstly pastilah bagi orang laki2, yang penting ada kerja yang stabil dulu, duit mencukupi, rumah, kereta semua dah ada then baru fikir pasal kahwin. Camne plak kalo laki tu ada pasangan dan hubungan berlarutan sehingga 4, 5 taun. Sebab ape berlarutan, sebab laki tak cukup duit lagi, so tak leh nak kawin.. So, persoalannya, adakah hubungan yang berlarutan 4, 5 taun tu tidak diselangi dengan maksiat penuh dengan nafsu dan dosa.. Ana yakin 110% pasti akan ada kemaksiatan dan dosa yang berlaku sepanjang perhubungan tu berlangsung. Tipu lah kalo kata takde kate2 manis, bermesej-mesejan (erkk..), atau pandangan nafsu yang terjadi dalam hubungan tu. So, bagi laki yang telah punyai pasangan masing2, kurangkanlah perhubungan dan carilah alternatif tuk halal kan hubungan anda dengan secepat mungkin. Ana percaya bahawa anda juga pasti tidak mahu trus menerus menanggung dosa akibat perhubungan yang masih tidak halal antara anda dengan pasangan anda, pasti ada caranya~~

Emm, tok faktor 2 laen ana sambung laen masa dan ketika.. dah terlalu panjang rasanya tok anda semua nak baca sampai abis ;-). Mukadimah nya terpanjang pulak, walhal inti utama nya baru je masuk perenggan atas nie…hehe… Hmm, ada masa kita ketemu lagi tapi tak tau ble ;-p.

 p/s : Ana pun nak kahwin awal gak nak bina hubungan yang halal dan mengelak maksiat dan dosa2 kecil + besar yang bleh didapati di mana2~~
Tapi nak cari yang mas kahwin rendah, lebih baek^_^


0 comments:


ShoutMix chat widget

Page Views

avandia lawsuits