JoDoH, UsAhA dAn biArLaH MaLu BerTemPat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera….

Fuh, bangun dari cuti yang panjang. Lame btol ana tak menulis (menaip). Arini ana terpanggil tok berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan jodoh dan usaha. Ana pun bukan lah arif sangat nak bercerita pasal jodoh ni, tapi yang ni je lah yang ana mampu tok sampaikan. Yang laen2 bolehlah tambah2 kan skit tmbhkn lg mklumat dlm entry kali nie..=)

Jodoh…

Kita semua percaya jodoh kita memang telah ditetapkan dan ditentukan, tapi kalo hanya percaya je tanpa usaha memang tak berjodoh la kita. Sebagai contoh, lelaki yang sangat meyakini bahawa die memang punyai jodoh yang menanti nya tok dijadikan isteri tapi malas nak g meminang, agak2 lelaki tu akan berjaya tak tok dapatkan jodohnya itu?? sudah tentu tak bukan. Jadi USAHA adalah sebenarnya yang diperlukan untuk merealisasikan impian memiliki sebuah keluarga, bukan hanya berpegang kepada Jodoh semata2.

Sebut pasal USAHA, memang ramai muslimin dan muslimat kita menganggap semua usaha untuk mendapatkan Jodoh itu adalah sebagai menghampiri zina. Memang hampir semua usaha berkaitan dengan jodoh ini melibatkan zina2 kecil bahkan boleh menjadi besar namun tak semua jenis usaha itu tergolong dalam kumpulan zina kecil dan besar tersebut.
 Sebagai contoh, untuk yang lelaki, pabila ingin mengenali seseorang wanita itu, boleh menggunakan orang tengah yang terdiri daripada ahli keluarga wanita itu sendiri terutama parent or abg n kakak mereka untuk bertanya lebih lanjut berkaitan dengan wanita tersebut. Seterusnya orang tengah tersebut yang akan memberitahu sendiri kepada wanita terbabit bahawa lelaki ini ingin berkenalan. bukankah terasa begitu manis sekali bila kita membayangkan sebuah hubungan yang terbina sekali gus membantu hubungan kekeluargaan antara wanita tersebut dan ahli keluarganya.. =) Hubungan yang dipenuhi kawalan dan tapisan oleh ahli keluarga akan mengurangkan kesan2 yang buruk terhadap hubungan yang dibina itu nanti…

Contoh untuk wanita pula, tak salah untuk memberi sedikit hint2 atau clue (seperti senyum tersipu2 pabila tertembung, cubaan mengelak pandangan diikuti nyuruk diblakang badan kawan pastu curi2 nengok dan apa2 yang sewaktu dengannya) untuk si dia memahami sedikit perasaan anda secara tersirat. Perlu diingatkan, hint tersebut perlulah diberi ketika tidak ramai orang yang berhampiran dengan anda dan hint tersebut bukanlah “jawapan” bagi perasaan anda kepadanya, ianya hanyalah sekadar hint, atau clue. Cukuplah sekadar memberikan sedikit perlakuan tersirat, bukannya “jawapan” seperti ucapan “I suke u” dan sebagainya. Jikalau usaha anda berjaya dan lelaki tersebut lah jodoh anda, pasti malam nya anda akan mendapat panggilan daripada ayah anda bahwa ada seseorang ingin datang meminang anda nanti.. =)


Sedikit pesanan untuk kaum hawa,

Memang tidak mustahil bagi seorang wanita melamar lelaki. Tetapi lamarannya itu biarlah dilakukan dengan bersopan supaya tidak pula dikata orang perigi mencari timba. Lamaran begini memerlukan jasa baik ahli keluarga dan biasanya melalui saudara mara yang lebih tua dan dilakukan secara tidak langsung namun bersopan dan teratur. Bantuan orang tengah yang dipercayai diperlukan untuk mencari jodoh yang salih khasnya mereka yang mengetahui lebih dekat tentang latar belakang lelaki yang menjadi calon suami. Dalam Islam harus kepada seseorang perempuan melamar seseorang lelaki yang dilihatnya sebagai seorang yang salih. Melamar di sini bermaksud menyatakan hasrat hati kepada lelaki berkenaan dan memintanya supaya meminang gadis itu.
(Dipetik dari http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/10/16/perlukah-perigi-mencari-timba)

Seganlah!
Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.
Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!
(dipetik dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/910-perigi-mencari-timba.html)

 
Sedikit pesanan untuk kaum lelaki,

Perlukah malu dan segan pabila permintaan kita untuk meminang seseorang ditolak, dihina atau dicaci dan sebagainya. Bukankah lebih memalukan pabila pasangan yang sebuk bercinta dan berkasih namun akhirnya hubungan putus di tengah jalan. Kita tidak bercinta dan berkasih dengannya, so kecenderungan untuk peminangan kita itu ditolak memang ada, tapi bagi yang telah bercinta, berkasih, dan seumpamanya namun putus ditengah jalan ianya lebih memalukan berbanding peminangan kita yang ditolak itu. Ada sedikit usaha yang ingin ana kongsi, anda boleh saje membuat suatu listing bagi calon2 bakal pasangan anda dari yang terbaik kepada seberapa ramai yang anda mahu. Jika cukup segala persiapan mental dan fizikal untuk mendirikan rumah tangga, maka mulakanlah proses meminang calon2 dalam listing anda itu tanpa perlu ada rasa malu dan segan. Sesungguhnya ianya salah satu proses untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Jangan gusar sekiranya ditolak, masih bnyak lagi calon2 dalam senarai anda yang menanti anda untuk dipinang. =). Namun jika calon pertama menerimanya, ucapkanlah AlhamduliLLAH tanda syukur anda kepadaNYA… Tiada perlu perasaan MALU bagi mana2 perkara yang tidak salah yang kita lakukan~~

Segala yang ana tulis disini hanyalah pendapat dari ana sendiri kecuali yang telah dinyatakan sumber rujukannya. Ana tak kata ana punya pendapat 100% betol dan tiada yang salah melainkan btol semuanya. Ana memerlukan juga pendapat kalian yang laen untuk diberikan disini. Yang mana salah sama2 betolkan, yang mana betol sama2 jadikan panduan dan amal. Lama tak menulis, tulisan dah carca marba. Pandai2 lah tok memahami ya.. =)


Post by : ajie~~
4/5/2011   4.02 p.m

0 comments:


ShoutMix chat widget

Page Views

avandia lawsuits